Popular Posts

Friday 2 December 2011

KEK BATIK

 Hidangan Untuk tetamu yang paling senang nak sediakan adalah KEK BATIK. Kek Batik nie boleh di simpan dalam peti ais selama 2 minggu. Rasa nya tetap enak. Kadang2 tak sampai seminggu dan licin. Memang sedap di buat kudapan bila2 masa. Ringkas dan mudah. Ha..mission aku ..kat rumah kalau ada tetamu datang , Ha..Inilah hidangan kudapan..yang memang senang nak prepare dlm dulang hidangan...    



KEK BATIK


Bahan-bahan:
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn susu pekat manis
1/2 cwn gula
1/2 cwn Kacang Tanah goreng tanpa minyak. 

Cara membuatnya:

1. Patah2kan biskut
2. Dalam periuk, campurkan koko,milo, susu dan gula. Dengan api  
    sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. Masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat. Padamkan api
5. Masukkan pula kacang dan biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan
    sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.
6. Kemudian angkat dan tekan mampat di dalam loyang yang
    disapukan sedikit majerin
7. Sejuk kan dalam peti sejuk. Kemudian baru di potong



KEK BATIK

Hidangan untuk tetamu yang paling senang nak sediakan, adalah kek batik. Buat kek batik lepas tuh simpan kat dalam peti ais. Tahan hingga 2 minggu. Kalau tetamu tiba2 datang berkunjung ke rumah, ha.. apa lagi..hidang kan Kek Batik yang dah tersedia kat dalam peti ais. Tapi kadang2 tak sempat tetamu datang, kek batik tuh dah licin.... memang sedap buat kudapan bila2 masa...

 
KEK BATIK


Bahan-bahan:
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn susu pekat manis
1/2 cwn gula
1/2 cwn Kacang Tanah goreng tanpa minyak. 

Cara membuatnya:

1. Patah2kan biskut
2. Dalam periuk, campurkan koko,milo, susu dan gula. Dengan api  
    sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. Masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat. Padamkan api
5. Masukkan pula kacang dan biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan
    sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.
6. Kemudian angkat dan tekan mampat di dalam loyang yang
    disapukan sedikit majerin
7. Sejuk kan dalam peti sejuk. Kemudian baru di potong



GULAI TEMPOYAK DAUN KAYU.



Sejak zaman kanak2 lagi aku telah di kenal kan dengan gulai tempoyak daun kayu / pucuk ubi. Masakkan kegemaran seisi keluarga. Ini lah masakan kampong yang paling aku gemari. Gulai Tempoyak nie kalau di buat dengan kuantiti yang banyak, boleh di panas2 kan dan tahan hingga satu minggu. Sedap di makan waktu pagi di cicah dengan cekodok @ jemput-jemput. Sedap jugak di makan bersama lempeng.
Tengahari pulak..makan lah dengan nasi panas dan ikan goreng…
Kalau sesiapa yang ingin kan resepi masakan kampong nie..ambil lah di bawah nie...

Bahan-bahanJ
3 helai daun kunyit
1 cekak daun pucuk ubi
4 helai daun pucuk kaduk
4 helai daun pucuk labu
4 helai daun semangun
10 biji buah belimbing masam –dibelah dua (jika suka)
20 ekor ikan bilis
20 tangkai cili padi – tumbuk  
2 cm kunyit hidup - tumbuk
3 papan petai
3 batang serai – Dimayang halus dan tumbuk
3 cawan santan pekat
2 senduk besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan;
1. Semua daun kayu dihiris halus seperti membuat bunga rampai. Petai d kupas kulitnya dan di belah dua.
2. Cili padi, Serai (di mayang halus) dan kunyit ditumbuk. Campurkan cili padi, serai kunyit, tempoyak, dan santan. Kacau rata dan tambahkan ikan bilis. Masak dengan api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan petai dan daun-daun kayu yang telah dihiris. Masukkan garam dan kacau hingga pekat. Masak kan secara mendidih dalam 15 minit. Masukkan gula (jika tempoyak agak masam) dan garam. 

ADIOS....Masak lah dengan kasih sayang, pasti masakan anda..EMMMMM..Best..!!!
 <뮬Ţ>

Thursday 24 November 2011

Senang nyer buat Keropok Lekor.


              Dah siap keropok Lekor. Boleh di makan terus atau di goreng

Keropok Lekor.

Bahan-bahan nyaJ

500 gm Isi mentah ikan kembung atau Ikan Selayang 
Tepung ubi kayu atau tepung sagu
Sedikit garam
Sedikit air batu

Cara membuat nya:
Ikan di bersihkan dan di ambil isinya. Kisar hingga halus isi ikan dengan sedikit air batu. Masukkan ke dalam mangkuk dan di bubuh sedikit garam halus. Gaul sebati. Masukkan tepung ubi atau tepung sagu sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tak melekat di tangan. Panas kan air di dalam periuk hingga mendidih.Gelek kan doh ikan di atas papan canai secara memanjang dan  taburkan sedikit tepung supaya doh nampak licin.

Ia telah timbul..maka keropok nie dah masak.

Di rebus dalam air yang mendidih

Masukkan ke dalam air rebusan yang mendidih hingga nampak ia timbul. Jika keropok lekor telah timbul, itu tandanya ia talah masak dan boleh di makan dengan sos atau di goreng jika telah sejuk. Lumur kan keropok lekor dengan minyak masak sebelum di simpan supaya ia tak melekat satu sama lain.



Siap..dah goreng ..makan panaz2..



Ubi Kayu = Talam Ubi..

Salam buat semua. Musim tengkujuh di hujung tahun datang lagi. Kalau kita ke pasar malam pasti peniaga sayur kampung ada menjual ubi kayu atau nama saintifiknya TAPIOCA. Harga nya jauh lebih murah kerana banyak nya ubi kayu pada musim tengkujuh. Mungkin pada musim tengkujuh nie, tanah lembap dan mudah nak cabut ubi kayu . Jemu pulak asyik makan ubi rebus + sambal belacan + ikan kering. 
Teringat pulak kat resepi arwah mama " Talam Ubi". Sedap buat hidangan minum petang dan minum pagi. Bukan susah sangat, senang dan sedap... Nie lah hasil nya...
ADIOS...Selamat Mencuba!!!    

Talam Ubi.


Lapisan Bawah:
500 gm Ubi kayu yang di parut.
50 gm Gula Melaka ( di parut halus)
4 sudu Besar gula pasir

Lapisan Atas:
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam dan air secukupnya.


Cara Membuat:
Panas kan Kukusan.
Masuk kan semua bahan lapisan bawah dan gaul sebati.Masukkan dalam loyang yang telah di sapu sedikit mentega. Kukus dalam kukusan hingga masak.
Bancuh lapisan Atas. Adunan jangan terlalu pekat dan tidak berketul. Tuangkan keatas lapisan ubi yang telah masak. Kukus lagi dlm 25 minit. Pastikan loyang di tutup dengan kertas aluminium supaya wap air tak masuk ke dalam kuih.

  


Friday 14 October 2011

Jeruk Oh Jeruk....

Kalau pergi ke Penang..aku memang akan beli jeruk2 nie buat simpanan dan stok kat dlam peti ais..Kenkadang kawan2 pergi ke Penang atau member2 yang memang berasal dari Pulau Mutiara nie..pasti akan bawak balik Jeruk2 sebagai buah tangan...


Nie nak citer pasal jeruk buah2 an yang ada kat dalam peti ais aku..Rasanya dah hanpir setahun aku simpan dlm peti ais dan alhamdulillah rasanya masih segar dan ok lagi.. Jadi teringat aku akan makanan kegemaran Arwah Abah-(AL-FATIHAH). Kalau dia balik dari Kelantan atau Penang , pasti dia beli jeruk2 buahan nie untuk di jadikan ACAR BUAH...
Memang best acar buah..nak2 makan dengan Ikan goreng panas dan nasi panas... Ada orang buat acar buah pakai buah2 asam kering..
Ok jugak..tapi aku suka pakai buah2 jeruk yang basah..sebab acar tu akan nampak basah2 sikit dan tak perlu tambah cuka kerna air jeruk tuh dah cukup buat acar tuh tahan berbulan2 lamanya jika di simpan dengan betul.
Nah...sekarang amy nak kongsi kan Resepi Acar Buah ..Buah2 Jeruk di potong kecil. (Mangga, Betik, Jambu Batu, sengkuang, kedongdong dll) . Cili padi di goreng garing. 10 Biji bawang Kecil di belah dua ,   10biji bawang Putih di belah dua, Halia sebesar ibu jaring di potong memanjang. 2 sudu rempah kari dan 2 sudu makan serbuk cili. Tumiskan semua bahan di atas dan masukkan  rempah campak. (Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih). Bila telah garing, masukkan gula 2 senduk dan garam. Kemudian masukkan jeruk buahan. Kacau sebati selama 5 minit. Dah siap...boleh dimakan dengan nasi... Selamat mencuba semua.....

" LIFE IS ABOUT SHARING"

Thursday 6 October 2011

Buah Kabung atau Buah Belulak..

Salam semua.. nak share citer pasal Buah kabung. Buah nie sedap di makan kalau dah di sejukkan. Nyaman rasa kat anak tekak... My hubby memang suka buah nie.. Asal buah nie dari  pokok spesis Palma. Nama nya Pokok Enau. Arwah mama ku pernah beri info yang buah nie rumit jugak nak di jadikan buah kabung. Buah dari pokok enau nie ..kena pilih yang tidak terlalu masak dan tidak terlalu muda. Sebelum di kupas kulit nya buah Enau hendaklah di rebus 1-2 jam untuk menghilangkan getah nya..Getah nie kalau kena kat kulit memang gatal2 di buatnya. Selepas di rebus barulah di sejukkan dan di kupas kulit nya.

Bila dah di kupas kulitnya , hendaklah di rebus lagi selama 1-2 jam hingga lembut dan perapkan dengan air gula... Barulah rasanya manis. Kalau makan ABC (Air batu Campur) pasti ada buah nie kat dlm ABC tuh..

 Kat sini Amy nak share satu resepi istimewa. Sagu Gula kabung dan buah Kabung. Mula-mula rebus kan sagu hingga jernih dan kembang. Kemudian basuh dengan air paip untuk hilangkan kanjinya dan saukan dalam bekas. Biarkan sejuk. Sediakan santan pekan dalam anggaran satu biji kelapa. Campurkan santan dengan sedikit garam halus. Biar rasanya lemak2. Gula kabung di masak dengan sedikit air dan daun pandan. Sejukkan air gula. Kalau nak makan letak dulu sagu , kemudian buah kabung dan santan pekat. Tuang kan air gula kabung...emmmm yummmyyyy...sedap di makan waktu petang..nak2 kalau cuaca kat luar panas terik...Fuhhh.best lah...