Salam buat semua. Musim tengkujuh di hujung tahun datang lagi. Kalau kita ke pasar malam pasti peniaga sayur kampung ada menjual ubi kayu atau nama saintifiknya TAPIOCA. Harga nya jauh lebih murah kerana banyak nya ubi kayu pada musim tengkujuh. Mungkin pada musim tengkujuh nie, tanah lembap dan mudah nak cabut ubi kayu . Jemu pulak asyik makan ubi rebus + sambal belacan + ikan kering.
Teringat pulak kat resepi arwah mama " Talam Ubi". Sedap buat hidangan minum petang dan minum pagi. Bukan susah sangat, senang dan sedap... Nie lah hasil nya...
ADIOS...Selamat Mencuba!!!
Talam Ubi.
Lapisan Bawah:
500 gm Ubi kayu yang di parut.
50 gm Gula Melaka ( di parut halus)
Lapisan Atas:
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam dan air secukupnya.
Cara Membuat:
Panas kan Kukusan.
Masuk kan semua bahan lapisan bawah dan gaul sebati.Masukkan dalam loyang yang telah di sapu sedikit mentega. Kukus dalam kukusan hingga masak.
Bancuh lapisan Atas. Adunan jangan terlalu pekat dan tidak berketul. Tuangkan keatas lapisan ubi yang telah masak. Kukus lagi dlm 25 minit. Pastikan loyang di tutup dengan kertas aluminium supaya wap air tak masuk ke dalam kuih.
No comments:
Post a Comment