Popular Posts

Friday, 14 October 2011

Jeruk Oh Jeruk....

Kalau pergi ke Penang..aku memang akan beli jeruk2 nie buat simpanan dan stok kat dlam peti ais..Kenkadang kawan2 pergi ke Penang atau member2 yang memang berasal dari Pulau Mutiara nie..pasti akan bawak balik Jeruk2 sebagai buah tangan...


Nie nak citer pasal jeruk buah2 an yang ada kat dalam peti ais aku..Rasanya dah hanpir setahun aku simpan dlm peti ais dan alhamdulillah rasanya masih segar dan ok lagi.. Jadi teringat aku akan makanan kegemaran Arwah Abah-(AL-FATIHAH). Kalau dia balik dari Kelantan atau Penang , pasti dia beli jeruk2 buahan nie untuk di jadikan ACAR BUAH...
Memang best acar buah..nak2 makan dengan Ikan goreng panas dan nasi panas... Ada orang buat acar buah pakai buah2 asam kering..
Ok jugak..tapi aku suka pakai buah2 jeruk yang basah..sebab acar tu akan nampak basah2 sikit dan tak perlu tambah cuka kerna air jeruk tuh dah cukup buat acar tuh tahan berbulan2 lamanya jika di simpan dengan betul.
Nah...sekarang amy nak kongsi kan Resepi Acar Buah ..Buah2 Jeruk di potong kecil. (Mangga, Betik, Jambu Batu, sengkuang, kedongdong dll) . Cili padi di goreng garing. 10 Biji bawang Kecil di belah dua ,   10biji bawang Putih di belah dua, Halia sebesar ibu jaring di potong memanjang. 2 sudu rempah kari dan 2 sudu makan serbuk cili. Tumiskan semua bahan di atas dan masukkan  rempah campak. (Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih). Bila telah garing, masukkan gula 2 senduk dan garam. Kemudian masukkan jeruk buahan. Kacau sebati selama 5 minit. Dah siap...boleh dimakan dengan nasi... Selamat mencuba semua.....

" LIFE IS ABOUT SHARING"

Thursday, 6 October 2011

Buah Kabung atau Buah Belulak..

Salam semua.. nak share citer pasal Buah kabung. Buah nie sedap di makan kalau dah di sejukkan. Nyaman rasa kat anak tekak... My hubby memang suka buah nie.. Asal buah nie dari  pokok spesis Palma. Nama nya Pokok Enau. Arwah mama ku pernah beri info yang buah nie rumit jugak nak di jadikan buah kabung. Buah dari pokok enau nie ..kena pilih yang tidak terlalu masak dan tidak terlalu muda. Sebelum di kupas kulit nya buah Enau hendaklah di rebus 1-2 jam untuk menghilangkan getah nya..Getah nie kalau kena kat kulit memang gatal2 di buatnya. Selepas di rebus barulah di sejukkan dan di kupas kulit nya.

Bila dah di kupas kulitnya , hendaklah di rebus lagi selama 1-2 jam hingga lembut dan perapkan dengan air gula... Barulah rasanya manis. Kalau makan ABC (Air batu Campur) pasti ada buah nie kat dlm ABC tuh..

 Kat sini Amy nak share satu resepi istimewa. Sagu Gula kabung dan buah Kabung. Mula-mula rebus kan sagu hingga jernih dan kembang. Kemudian basuh dengan air paip untuk hilangkan kanjinya dan saukan dalam bekas. Biarkan sejuk. Sediakan santan pekan dalam anggaran satu biji kelapa. Campurkan santan dengan sedikit garam halus. Biar rasanya lemak2. Gula kabung di masak dengan sedikit air dan daun pandan. Sejukkan air gula. Kalau nak makan letak dulu sagu , kemudian buah kabung dan santan pekat. Tuang kan air gula kabung...emmmm yummmyyyy...sedap di makan waktu petang..nak2 kalau cuaca kat luar panas terik...Fuhhh.best lah...