Popular Posts

Thursday, 24 November 2011

Senang nyer buat Keropok Lekor.


              Dah siap keropok Lekor. Boleh di makan terus atau di goreng

Keropok Lekor.

Bahan-bahan nyaJ

500 gm Isi mentah ikan kembung atau Ikan Selayang 
Tepung ubi kayu atau tepung sagu
Sedikit garam
Sedikit air batu

Cara membuat nya:
Ikan di bersihkan dan di ambil isinya. Kisar hingga halus isi ikan dengan sedikit air batu. Masukkan ke dalam mangkuk dan di bubuh sedikit garam halus. Gaul sebati. Masukkan tepung ubi atau tepung sagu sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tak melekat di tangan. Panas kan air di dalam periuk hingga mendidih.Gelek kan doh ikan di atas papan canai secara memanjang dan  taburkan sedikit tepung supaya doh nampak licin.

Ia telah timbul..maka keropok nie dah masak.

Di rebus dalam air yang mendidih

Masukkan ke dalam air rebusan yang mendidih hingga nampak ia timbul. Jika keropok lekor telah timbul, itu tandanya ia talah masak dan boleh di makan dengan sos atau di goreng jika telah sejuk. Lumur kan keropok lekor dengan minyak masak sebelum di simpan supaya ia tak melekat satu sama lain.



Siap..dah goreng ..makan panaz2..



Ubi Kayu = Talam Ubi..

Salam buat semua. Musim tengkujuh di hujung tahun datang lagi. Kalau kita ke pasar malam pasti peniaga sayur kampung ada menjual ubi kayu atau nama saintifiknya TAPIOCA. Harga nya jauh lebih murah kerana banyak nya ubi kayu pada musim tengkujuh. Mungkin pada musim tengkujuh nie, tanah lembap dan mudah nak cabut ubi kayu . Jemu pulak asyik makan ubi rebus + sambal belacan + ikan kering. 
Teringat pulak kat resepi arwah mama " Talam Ubi". Sedap buat hidangan minum petang dan minum pagi. Bukan susah sangat, senang dan sedap... Nie lah hasil nya...
ADIOS...Selamat Mencuba!!!    

Talam Ubi.


Lapisan Bawah:
500 gm Ubi kayu yang di parut.
50 gm Gula Melaka ( di parut halus)
4 sudu Besar gula pasir

Lapisan Atas:
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam dan air secukupnya.


Cara Membuat:
Panas kan Kukusan.
Masuk kan semua bahan lapisan bawah dan gaul sebati.Masukkan dalam loyang yang telah di sapu sedikit mentega. Kukus dalam kukusan hingga masak.
Bancuh lapisan Atas. Adunan jangan terlalu pekat dan tidak berketul. Tuangkan keatas lapisan ubi yang telah masak. Kukus lagi dlm 25 minit. Pastikan loyang di tutup dengan kertas aluminium supaya wap air tak masuk ke dalam kuih.