Salam semua.. nak share citer pasal Buah kabung. Buah nie sedap di makan kalau dah di sejukkan. Nyaman rasa kat anak tekak... My hubby memang suka buah nie.. Asal buah nie dari pokok spesis Palma. Nama nya Pokok Enau. Arwah mama ku pernah beri info yang buah nie rumit jugak nak di jadikan buah kabung. Buah dari pokok enau nie ..kena pilih yang tidak terlalu masak dan tidak terlalu muda. Sebelum di kupas kulit nya buah Enau hendaklah di rebus 1-2 jam untuk menghilangkan getah nya..Getah nie kalau kena kat kulit memang gatal2 di buatnya. Selepas di rebus barulah di sejukkan dan di kupas kulit nya.

Bila dah di kupas kulitnya , hendaklah di rebus lagi selama 1-2 jam hingga lembut dan perapkan dengan air gula... Barulah rasanya manis. Kalau makan ABC (Air batu Campur) pasti ada buah nie kat dlm ABC tuh..
Kat sini Amy nak share satu resepi istimewa. Sagu Gula kabung dan buah Kabung. Mula-mula rebus kan sagu hingga jernih dan kembang. Kemudian basuh dengan air paip untuk hilangkan kanjinya dan saukan dalam bekas. Biarkan sejuk. Sediakan santan pekan dalam anggaran satu biji kelapa. Campurkan santan dengan sedikit garam halus. Biar rasanya lemak2. Gula kabung di masak dengan sedikit air dan daun pandan. Sejukkan air gula. Kalau nak makan letak dulu sagu , kemudian buah kabung dan santan pekat. Tuang kan air gula kabung...emmmm yummmyyyy...sedap di makan waktu petang..nak2 kalau cuaca kat luar panas terik...Fuhhh.best lah...
Sagu nie my fav..leh la try..bak sikit buah kabung tu amy...haha
ReplyDelete